Wednesday, July 1, 2009

Journal No.3

Dikeheningan malam, termenung ku sendirian. Tanpa di duga jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Walaupun badan ku rasa letih, tapi mataku masih tidak mengantuk. Aku masih teringat tentang macroteaching aku pagi tadi. Kata-kata Dr. Nurul dan komen-komen dari kawan-kawan ku masih terngiang-ngiang ditelingaku.

Aku hairan akan diriku. Sejak kebelakangan ini aku kurang bersemangat . Aku sendiri tidak tahu kenapa aku jadi begini. Aku akui, aku sendiri tidak puas hati dengan hasil macroteaching aku pagi tadi. Serba tidak kena. Semua yang berlaku tidak seperti yang kurancangkan. Aku agak sedih bila aku cuba menggunakan kereta sebagai menggantikan troli, tidak menjadi. Kereta itu tidak meluncur seperti yang aku bayangkan. Apakan daya, terpaksa aku mengunakan Pelan B iaitu menggantikan kereta dengan troli. Nasib baik, aku dah pesan dekat lab assistant sediakan troli itu sekali. Sekurang-kurangnya ada backup.

Selesai sahaja tamat macroteaching ku, Dr. Nurul bertanya kepadaku.

Dr. Nurul : What do feel your macro teaching? What do you reflect about your presentation?

Aku : Actually, I am not really satisfied with my presentation. It is because I not make it happen as well as I planned.

Dr. Nurul : Which part you not satisfied?

Aku : I am not satisfied with my demonstration, which I cannot probe further the questions of situation and I cannot get the best answer from my student.

Kemudian, Dr. Nurul memanggil dua orang penilai yang merupakan (yang dilantik secara tak rasminya) rakan sekelasku, Puan Noorwati dan Cik Fatimah. Menurut Puan Noorwati, semasa mengajar aku terlalu menumpukan pelajar yang berada pada bahagian depan sahaja. Aku tidak melibatkan pelajar yang duduk dibahagian belakang. Sedangkan pada waktu itu aku beranggapan pelajarku hanya melibatkan tiga barisan dihadapan. Tetapi secara keseluruhannya, Puan Noorwati berkata proses pengajaran dan pembelajaran aku ‘OK’. Dr. Nurul menasihatkan aku supaya memanggil pelajar dibelakang kehadapan dan menyertai pelajar di meja hadapan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan menumpukan perhatian semasa kita mengajar. Seterusnya ku menerima komen dari Cik Fatimah. Nama timangannya Cik Fatty. Dia menyatakan ada beberapa kriteria tidak termasuk semasa proses P&P aku antaranya ‘nobel values’. Aku hairan mengapa dia memberikan komen begitu, sedangkan aku telah membuat aktiviti dalam kumpulan dan demonstration. Aku telah memberi peluang kepada pelajarku berbincang dan menyelesaikan masalah dalam kumpulan masing-masing. Mereka akan bekerjasama menyelesaikan masalah tersebut. Bukankah nilai-nilai murni ada semasa aktiviti itu diadakan? Mungkin tanggapan aku silap selama ini. Kemudian, giliran Dr. Nurul membuat kesimpulan tentang pengajaranku. Beliau mengatakan Inquiry Method itu ada, cuma cara perlaksanaan tidak berapa lancar. Maknanya ‘central guide learning question’ ada..cuma cara penyampaianku tidak begitu memberangsangkan dan tidak bergitu lancar.

Bila kufikirkan kembali semua komen-komen itu, aku akui semuanya benar. Walapun pada mulanya aku agak rasa down, tapi Alhamdulillah aku berjaya menguatkan hatiku kembali untuk terus bersemangat. Aku tetap aku yang akan mempositifkan diriku supaya jangan mudah putus asa. Lagipun aku masih pelajar yang masih belajar. Pelajar yang masih terhegeh-hegeh mencari ilmu pedagogi untuk menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar yang berdoa setiap hari supaya hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu. Setelah ku bermuhasabah diri, kupasti banyak jalan yang boleh dipilih untuk memajukan diri. Aku sedar aku perlu memperbaiki diriku. Kalau bukan aku yang memulakan, siapa lagi yang akan membantuku selain diriku sendiri.

Sebagai permulaan, aku harus mengambil iktibar segala komen-komen yang diberikan. Terima kasih kepada Dr. Nurul dan kawan-kawan yang telah memberi komen yang bernas lantas membuka mata ku untuk mencari penyelesaiannya dan supaya menjadi lebih alert dengan persekitaranku. Aku perlu berlatih kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Ini kerana dengan komunikasi yang lebih berkesan akan membantu pelajar dalam meningkatkan kefahaman tentang konsep yang disampaikan. As I state last journal, until now I am still practising speaking English in term of to make it clear, fluently, to improve my pronunciation and to increase vocabulary usage.

Aku juga perlu memperbaiki kelemahan dalam proses P&P. Aku perlu cuba mengaplikasikan teknik-teknik serta keadah-kaedah yang dipelajari selama ini. Aku tidak boleh mensia-siakan apa yang dipelajari. Aku rasa, aku perlu mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang lebih menarik dan interaktif antaranya membuat soalan berbentuk jigsaw, puzzle, kuiz dan sebagainya. Aku juga boleh melaksanakan aktiviti dengan mengunakan pendekatan pembelajaran secara kooperatif seperti Jigsaw dan ‘Numbered Heads Together’. Oleh itu, Aku harus menambah bacaanku dan sumber pencarian maklumat untuk melaksanakan dengan lancar dan berkesan. Dengan cara ini pelajar akan rasa lebih teruja dan memupuk semangat ingin belajar dan ingin tahu dikalangan mereka.

Seterusnya, aku mangambil langkah mengumpul kesemua koleksi Lesson Plan yang terdapat dikalangan rakan-rakan. Sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan rujukan dalam membahagikan keempat-empat fasa dalam Rancangan Mengajar kelak. Memandangkan aku tiada pengalaman mengajar sebelum ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantuku dalammemberi gambaran tentang konsep yang akan disampaikan secara berkesan.

Sambil-sambil jari-jemariku terus menaip, sekali-sekala ku berdiskusi dengan rakanku di laman sembang. Ada dikalangan menasihatku supaya teruskan usaha dalam meningkat kan kemahiran sedia ada. Mereka juga ada mengatakan terdapat cara untuk mengatasi masalahku ini. Kemudian ku membuka website google search lalu ku terus mencari maklumat tentang ‘How to improve your teaching skills?’. Seperti yang kukatakan tadi, sekurang-kurangnya aku mengambil inisiatif diri untuk memajukan diri. Itulah aku. Kadang-kadang perlu masa bersendirian untuk mencari-dan terus mencari maklumat yang perlu untuk diri. Aku terbaca tentang satu artikel yang mengatakan tentang 7 prinsip pengajaran yang wajar dipraktiskan oleh pelajar pendidikan ( for undergraduate education). Artikel ini lebih menekankan tentang bagaimana kita mengajar daripada apa yang subjek yang di ajar. Antaranya ‘Encourage active learning’ yang menekankan pelajar tidak akan menghayati suatu pembelajaran yang bergantung kepada pengajaran guru semata-mata, memaksa diri untuk menghafal dan mengingat supaya dapat menjawab soalan peperiksaan. Pelajar perlu bercakap tentang apa yang mereka pelajari, menulis apa yang mereka faham, kaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. Sekurang-kurangnya mereka boleh menjadikan pembelajaran sebahagian dari diri mereka. Maka, guru perlu merancang dengan bijak pendekatan pengajaran yang sesuai supaya pelajar dapat merasakan ia merupakan pembelajaran bermakna. I believe that when I can imagine something, and learn with my truly heart it become more meaningful to me. Oleh yang demikian dengan menekankan prinsip ini, ia dapat mendorongku untuk menjadi lebih kreatif dan kritis untuk menghasilkan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik yang melibatkan semua pelajar. Sudah pastinya ku akan lakukannya dengan kerelaan hati bukan kerana paksaan. Aku pernah terbaca, bila seorang guru itu ikhlas mengajar anak-anak muridnya, InsyaAllah anak-anak muridnya juga diterangkan hati menerima ilmu dari gurunya. Benarkan?

Jam menunjukkan 2.22 pagi. Agak lewat ku tidur malam ini. Mungkin kerana dorongan dari hati yang meronta-ronta untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Aku tetap aku. Aku yang akan terus begini, mencari ilmu tanpa jemu, belajar memperbaiki diri bagi memenuhi kehidupan ini untuk melakar sesuatu seindah pelangi. Aku kagum dengan pensyarah-pensyarahku semester ini. Mereka sentiasa bersemangat mencurahkan ilmu dan tidak lokek berkongsi pengalaman mereka. Mereka bersungguh-sungguh mengajar kami cara mengajar yang betul dan berkesan serta membetulkan misconceptions kami. Sehinggakan kami berasa lucu tentang diri kami. Willing to teach physics but still didn’t get know deeper about the content and always misconceptions. How do we will teach our student? Sigh. Tapi aku tetap percaya masih belum terlambat dan masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku tetap terpilih dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik yang bakal mendidik anak bangsanya sendiri. InsyaAllah...akan ku teruskan perjuangan ini dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Saiza, don’t feel too depressed! Learn from the past, and try to do better than before. Chaiyok!

No comments:

Post a Comment